top of page

Apa Khasiat Buah Acai Berry

Acai Berry kini dikenali sebagai "MAKANAN SUPER". Ini bermakna ia dianggap salah satu makanan yang paling berkhasiat di dunia. Ini semua didasarkan pada pelbagai nutrisi yang disediakan. Acai memiliki sifat gizi dan secara alami kaya:

 

  • Lemak Omega (jenis yang baik, tidak seperti lemak yang ditemui dalam makanan segera).

  • Asid amino.

  • Elektrolit.

  • Antioksidan.

  • Protein.

  • Vitamin A, B1 dan E.

 

Orang-orang dari Amazon telah menggunakan Acai Berry selama bertahun-tahun kerana mereka tahu tentang kelebihannya itu. Sudah digunakan dalam pelbagai sajian pemakanan seperti sarapan, minuman, makanan lewat petang atau malam. Ini kerana mereka yakin akan keperluan tubuh badan mereka dapat dipenuhi dengan segala kebaikkan yang terdapat dalam Acai Berry. Nutrisi Acai berry terbukti mempunyai manfaat yang amat besar, dan ia harus menjadi pemakanan tambahan dalam menu pemakanan sehari-hari.

Pemakanannya secara berterusan dapat membantu dalam:

 

  • Mengurangkan berat badan.

  • Membantu dengan disfungsi seksual.

  • Merawat insomnia.

  • Membantu dalam melawan sel-sel kanser.

  • Membantu mengurangkan komplikasi Diabetes.

 

Nutrisi yang kuat mampu memberikan manfaat kesihatan yang luar biasa. Itulah sebabnya mengapa Acai Berry sudah begitu menonjol dipaparkan diperingkat antarabangsa dan di antaranya program "Talk Show" di Amerika.

Baru-baru ini para penyelidik di University of Florida menguji kelebihan Acai Berry dan didapati terdapat element penting darinya yang dapat membantu dalam usaha menghapuskan sel-sel Leukemia yang sedang membiak. Ini bukan untuk mengatakan bahawa Acai Berry dapat menyembuhkan kanser, namun sekurang-kurang kajian menunjukkan amalan memakan Acai Berry secara berterusan membantu memperbaiki tahap kesihatan kita ke arah yang lebih baik!

- ISI UTAMA DARI BERITA TV3 -

  

  • Kaya dengan pelbagai vitamin.

  • Kaya dengan mineral.

  • Kaya dengan asid amino.

  • Bersifat anti-oksidan yang mampu melawan sel kanser.

  • Mampu menjadi diet harian.

  • Dapat menurunkan kolestrol dalam darah.

  • Membantu meningkatkan nafsu seks yang diumpamakan sebagai viagra semulajadi.

© IbuSuri by : Bro. Izdi ; 019-4145 383

bottom of page