top of page

Apa Khasiat Madu

Khasiat madu boleh dikategorikan mengikut fungsinya terhadap sistem badan kita.

 

Kulit, Rambut dan Mata

  • Menjadikan rambut and mata lebih sihat dan bersinar.

  • Membantu penglihatan supaya lebih terang dan jelas.

  • Mempercepatkan proses penyembuhan kecederaan kulit apabila disapukan dan melindungi daripada jangkitan kuman (Sila lihat: Madu Manuka).

  • Menjadikan kulit lebih sihat, halus dan kelihatan lebih muda. Lupakan saja pil-pil kecantikan, kerana tabiat pengambilan madu boleh mencapai kesan kecantikan secara semula jadi tanpa memudaratkan badan.

 

Sistem Penghadaman

  • Menguatkan sistem penghadaman dan daya tahan terhadap keracunan makanan.

  • Memudahkan pergerakan usus semasa membuang air.

 

Sistem Pernafasan dan Kerongkong

  • Mujarab untuk melegakan batuk yang berpanjangan.

  • Menguatkan pernafasan dan mengurangkan asma atau lelah.

 

Tenaga Badan

  • Menguatkan badan wanita mengandung. Tidak seperti sesetengah ubat-ubatan yang tidak boleh diambil ketika mengandung, madu adalah makanan tenaga semula jadi yang sesuai untuk ibu mengandung (Sila lihat: Khasiat Madu untuk Ibu Mengandung).

  • Sumber gula alternatif yang semula jadi untuk pesakit buah pinggang dan kencing manis. Penggunaan madu berterusan boleh mengawal kandungan gula dalam darah.

  • Mengembalikan tenaga selepas kedatangan haid atau selepas cirit-birit yang berterusan.

  • Memberi tenaga sepanjang hari dan mengurangkan pengambilan lemak (Sila lihat: Khasiat Madu untuk Mengurangkan Berat Badan).

 

Gizi Makanan

  • Kaya dengan zat mineral dan gula semula jadi yang mudah dihadam.

  • Memudahkan serapan kalsium dalam badan.

  • Pelawas semulajadi yang sesuai untuk apa jua keadaan

 

 

© IbuSuri by : Bro. Izdi ; 019-4145 383

bottom of page