top of page

Apa Khasiat Koko

Koko kaya dengan khasiat kesihatan

 

Koko merupakan minuman dan bahan dalam gula-gula, kek, kueh, ais krim, dan manisan lain yang telah diamalkan sejak zaman berzaman lagi sebagai perasa yang enak, walaupun tidak ditekankan khasiatnya dari segi kesihatan.

Terkini, berbagai kajian pemakanan dijalankan untuk mengenalpasti khasiat dan kelebihan koko kepada kesihatan kita. Hasil kajian menunjukkan koko mengandungi anti-oksidan (flavonoids) yang tinggi, sama seperti yang terdapat dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan kopi. Oleh itu, di samping rasanya yang enak, koko juga boleh menjadi alternatif bagi sumber anti-oksidan bagi tubuh kita.

 

Oleh kerana kandungan flavonoidnya yang tinggi, koko berperanan untuk mengurangkan tekanan darah, memperbaiki peredaran darah, mengurangkan kandungan kolesterol yang “tidak baik” dan menambah kandungan kolesterol yang “baik”, berpotensi menghalang sakit jantung, dan mengurangkan risiko mendapat diabetes di mana ia membantu mengawal atur kandungan gula dalam darah.

 

Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan:

Daripada kajian terhadap tikus, menunjukkan bahawa antioksida yang mengalir semasa dalam keadaan tertekan dan senaman mempunyai kesan yang baik terhadap stamina. Kajian di Jepun menunjukkan bahawa poliphenol dapat menghalang perubahan sikap emosi dibawah tekanan fizikal dan berupaya mengurangkan tekanan.


Koko melambatkan proses penuaan:

Penuaan adalah salah satu proses ynag mengakibatkan kerosakan radikal. Sehubungan itu, pemakanan yang kaya dengan antioksida memainkan peranan dalam melambatkan proses penuaan. Kajian mengenai proses penuaan telah dijalankan secara meluas dimana jangkamasa hayat bagi manusia yang sihat boleh dilanjutkan selama 5 hingga 10 tahun dengan mengamalkan pemakanan seimbang yang kaya dengan antioksida. Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Epidemiotologi dari Harvard School of Public Health di Boston U.S.A mendapati bahawa penggemar coklat menikmati purata tambahan umur sebanyak 0.95 tahun berbanding bukan penggemar coklat. Ini menunjukkan wujudnya polyphenol sebagai antioksida dalam coklat.

 

KHASIAT DAN KEBAIKAN KOKO


1) Makanan Lengkap dan Seimbang
 

Serbuk koko adalah produk yang dihasilkan bersama lemak koko sebagai bahan terakhir dalam pemprosesan buah koko. Dianggarkan 100 gram serbuk koko mengandungi pelbagai zat yang diperlukan tubuh manusia termasuklah 10 % lemak, 22.4% protein, 46.7% karbohidrat, 2.8% theobromina dan pelbagai vitamin iaitu A, B, D dan E.

 

Coklat mengandungi zat makanan yang lengkap dan seimbang. Dianggarkan 100 gram coklat susu menyumbang 18% tenaga, 11% protein, 8% zat besi, 47% kalsium, 19% riboflavin dan 11% vitamin A yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari. Coklat juga mengandungi kalsium dan vitamin yang tinggi.

 

2) Benteng Kerosakan Gigi

 

Koko mengandungi tannin iaitu sejenis bahan yang bertindak sebagai benteng kerosakan gigi kerana menghalang pembiakan bakteria yang membentuk plak dan asid di dalam mulut. Lemak koko di dalam coklat putih pula bertindak sebagai pelincir yang menghalang pembentukan plak gigi.

 

3) Bukan Penyebab Kegemukan

 

Likur koko mengandungi zat yang dapat menghalang pencernaan dan penyerapan lemak yang menyebabkan kegemukan.

 

Coklat bukanlah penyebab kegemukan kerana zat di dalam pes koko dapat menghalang pencernaan dan penyerapan lemak. Kegemukan terjadi apabila pengambilan tenaga daripada pemakanan melebihi tenaga yang digunakan.

 

4) Baik Untuk Jantung

 

Koko adalah makan yang kaya dengan antioksidan flavanoids yang dapat mengurangkan risiko atherisclerosis serta mengurangkan kematian berpunca daripada penyakit koronari jantung.

Coklat kosong atau coklat gelap mempunyai kandungan lemak dan zat besi yang tinggi. Anggaran 100 gram coklat kosong menyumbang 23% zat besi yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari.

Coklat gelap adalah lebih baik untuk jantung yang sihat berbanding dengan coklat putih kerana coklat gelap seberat 50 gram mengandungi 300 mg polifenol (poliphenol) berbanding dengan coklat susu yang sama berat hanya mengandungi 100 mg polifenol.

 

5) Mengawal Tekanan Darah

 

Coklat pahit mengandungi flavanoids iaitu sejenis antioksidan yang boleh membantu mengurangkan tekanan darah serta meningkatkan metabolisme badan untuk menukarkan gula di dalam makanan menjadi tenaga.

Coklat mengandungi kalium (potasium) yang tinggi. Bahan ini bertindak mempergiat tindakbalas biologi dan membantu memelihara tekanan osmotik di dalam sel.

 

6) Mengawal Kencing Manis

 

Kandungan antioksidan polifenol di dalam koko membantu menghalang penyakit kencing manis.

Coklat diabetik sesuai untuk penghidap penyakit diabetes. Coklat diabetik menggunakan 10% pes koko, 25% lemak koko serta pemanis tanpa nutrien.

 

7) Menghalang Jerawat dan Parut

 

Asid linoleik di dalam lemak koko dapat membantu menghalang pertumbuhan jerawat dan mengurangkan parut.

 

8) Mengawal Kerosakan Sel dan Tisu Badan

 

Koko kaya dengan flavanoids, bahan antioksidan yang membantu menghalang kerosakan sel dan tisu badan yang disebabkan serangan radikal bebas. Antara kesan serangan radikal bebas adalah penyakit jantung, barah dan proses penuaan. Kajian menunjukkan amalan memakan koko dan coklat boleh mengurangkan risiko penyakit berkenaan.


9) Baik Untuk Kulit

Lemak koko megandungi 34 hingga 36% asid oleik yang boleh bertindak sebagai perapi, 31 hingga 35% asid stearik yang berupaya melembapkan kulit dan vitamin E yang bertindak sebagai antioksidan.

© IbuSuri by : Bro. Izdi ; 019-4145 383

bottom of page